EXCEPTIONAL RIDING PERFORMANCE
Berdasarkan tagline tersebut FANTOM komited untuk mengeluarkan pelbagai produk riding gears dan aksesori berkaitan motosikal untuk memberi nilai tambah kepada rider motosikal, agar mereka dapat menunggang motosikal dengan lebih selamat, selesa dan mengikut trend gaya terkini.
Jenama FANTOM bermula pada tahun 2019 dengan menghasilkan Jaket Fantom Windbreaker Xtrem yang menekankan tentang ciri-ciri keselamatan serta keselesaan kepada rider. Dihasilkan dari bahan Taslan Waterproof, jaket tersebut kalis air dan lebih ringan berbanding jaket motorsikal lain dipasaran. Alhamdulillah jaket Fantom tersebut mendapat sambutan yang meluas dari pengguna.
Dari kejayaan tersebut, FANTOM tekad untuk menghasilkan pelbagai aksesori berkaitan seperti jaket, tshirt, glove, beg dan kelengkapan rider yang lainnya dengan mengutamakan ciri keselamatan yang tinggi, kualiti, keselesaan dan trend terkini kepada pemakai.
InsyaAllah, dengan adanya produk FANTOM, rider dapat menunggang motosikal dengan lebih selamat, selesa dan bergaya.